Sunday, September 18, 2011

APALAH DAYAKU...


Angin...
Kau bawakan rinduku ini.. Kau hapuskanlah ia..
daripada merindui sidia.. yg tak mungkin menjadi milikku
Kau buangkan keresahan ini.. hilangkan ingatan ku terhadap dirinya..
Kerana aku sudah tidak mampu lagi utk menanggung bebanan ini

Hujan... 
Kauhilangkanlah jejak-jejak dirinya..
Mengalir bersama-sama denganairmu yg menitisdi tanah ini
Turunlah engkau sewaktu aku menangis..
Kerana aku tidak mahu org tahu.. aku sedang menangis kerana kehilangannya
Biarlahtitisanmu dan air mataku turunseiring membasahi bumi ini..

Ombak...
Kau hilangkanlah jeritan suaraku..
Yang menjerit memanggil-manggil namanya..
Biarkan deruanmu mengatasi suara hatiku..
Bila aku sudah terlalu goyah utk bertahan lagi
Apabila kekuatan aku sudah hampir musnah...
Apabila aku hampir menyembah bumi...

Tuhan...
Tenangkanlah jiwa dan perasaanku...
Jika ini ketentuanmu.. apakah dayaku..
Aku cuma insan yg begitu kerdil disimu..
Terpaksa menahan dugaan yg Kau berikan
Kuatkanlah imanku.. Kuatkanlah jiwaku
Cuma pintaku... .
Bukakanlah pintu hatinya... . jika dia untukku..
Dan tutupkanlah hatiku jika dia bukan utkku..
Kerana aku sudak tidak mampu mengawal segalanya..
Padamu kini aku berserah... ...



1 comment:

  1. Angin yg tak pernah diam, smoga akan slalu menebarkan keresahanMu hingga tak terasa,.

    turunlah Hujan yg membasahi smua yg ada dimuka Bumi, smoga tersiramilah jua jiwaMu, yg tengah dirundung kegalauan,.

    ombak yg terkadang menyeret smua yg ada ditepi pantai ketengah luasnya lautan, smoga jua dapat menelan jeritan dan kegelisahanMu,.

    Roda zaman tlah menggilas khidupan ini, menyeret tertatih-tatih.,
    sungguh hidup tarus diburu, berpacu dengan waktu.,

    kenama akan membuang kegetiran bila jalan telah tertuttup buat nama kita..,
    dimana akan membangun kebahagiaan, keceriahan bila langit, bumi enggan dan berpaling.,.

    sungguh tak ada yg dapat menolong, membantu, selain yg disana, diatas.,
    Dia-lah TUHAN,
    smoga Tuhan slalu menunjukan, menerangi jalan sezarahMu.,.

    ReplyDelete