Wednesday, June 29, 2011

Jiwa yang kosong,,,

Kosong,
Tiada lagi sebarang kata yang mampu ku ungkap
Tiada lagi sebarang ayat yang mampu aku pintal
Semuanya kosong, kosong
kosong dalam rintihan
Sehingga aku hilang aku


Mencari kedamaian hati

Aku cuba ingin mecari damai di tanah yang tandus gersang
cuba ingin mencari tenang di air yang mengalir deras
cuba ingin mencari redha.. di api yang marak membakar...
cuba ingin mencari kusyuk.. di angin yang bertiup kencang
... tapi...
. aku umpama terantai kaki dibumi, dan tangan tergari di langit....
namun siapakah yang tahu... 

Terimalah aku..hati seorang wanita .. seadanya..





1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.
2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya,lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.
3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang(sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).
4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki,lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.
5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya,dia akan cair seperti coklat!!
6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.
7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati,tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan,dia akan lakukan apa saja.
8. Sekiranya seorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia seorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan.
9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi, lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.
10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni langsung tak berguna.
11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.
12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.
13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum sebarangan.
14. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan dengan persahabatan. Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.
15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.
16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.
17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya. Tanya dia sendiri!!
18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering
tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.
19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.
20. Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya,kemudian barulah dirinya sendiri.
21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!
22. Satu ucapan ‘Hi’ sahaja sudah cukup menceriakan harinya.
23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.
24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.
25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.
26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..
27. Senjata wanita adalah airmata!!
28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya(hadiah, bunga atau sekadar kad ucapan romantis).Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati.Dengan ini dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.
29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya. So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah. ..
30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa



Tuesday, June 28, 2011

Keterasingan buatmu yang bernama teman...sahabat...


Di dalam sepi ini terasa diri terasing sendiri....
terasa ingin aku bicara untuk meluahkan segala rasa terhadap persahabatan kita
 wahai teman....kiranya satu masa tulisan ini kau tatapi
 ianya ikhlas luahan dari hatiku terhadapa persahabatan yang terjalin antara kita...
.emas permata bukan bandingan betapa berharganya sebuah persahabatan yang kau hulurkan.
..ku hargai setiap teguran terhadap sikapku yang keterlaluan.
..kau membuatku berfikir dan menilai diri ini..
.denganmu aku mampu mengubah sikapku yang sering dan mudah terkeliru.
..kau membuat aku lebih mengenali diriku 
yang selama ini tak ku pasti mengapa aku begini..
..ketahuilah oleh mu teman..
.aku seikhlasnya menjalin persahabatan 
walaupun masih ada rahsia antara kita itu bukanlah menjadi penghalang..
..percayalah teman tiada kesangsian dan kecurigaan terhadap kejujuranmu dalam persahabatan ini.
...aku bahagia dan bersyukur takdir menemukan kita sebagai sahabat..
.tak jemu ku doa agar persahabatan ini akan berkekalan dan sentiasa dalam keberkatan tuhan...
moga segala perkara kebaikan dalam persahabatan kita ini akan mendapat restu yang maha Esa
 dan sentiasa dalam perlindunganNYA.....







sepi itu..


di dalam sepi itu
ku insafi diriku
hanya insan kerdil yang tak punya
apa-apa yang istemewa
hanya sekeping hati yang luka
tidak ku tahu bila sembuhnya.......

SUATU KISAH..

Teh Khamisas
April 19
Teh Khamisas
  • Pernah ada satu kisah seorang gadis yang membenci dirinya sendiri bahkan semua orang yang disekelilingnya dia benci, kecuali kekasihnya yang selalu setia menemani dan memberikan dorongan semangat untuk hidup. Sebenarnya gadis itu cantik kekurangan yang ada dirinya cuman satu karena kedua matanya tidak bisa melihat. Dalam keseharian dirinya selalu meratapi hidupnya. Namun gadis itu sangatlah beruntung memiliki pujaan hati yang cukup sabar mendengar segala keluh kesahnya bahkan mampu menghibur dan membuatnya tersenyum. Kecintaan pada gadis itu bahkan dibuktinya dengan melamar tetapi sang gadis rela dinikahi bila sudah dapat melihat dengan sempurna.

    Doa gadis itu akhirnya terkabul. Ada seseorang yang bersedia mendonorkan matanya. Betapa bahagia dirinya begitu menyaksikan dunia baru yang indah dan penuh warna. Kekasihnya juga ikut bahagia merasakan kegembiraan. Dia segera menagih janji gadis itu. 'Sekarang dirimu sudah bisa melihat dunia, Apakah kamu mau menikah denganku?' tanya kekasihnya. Gadis itu terguncang disaat melihat kekasihnya ternyata buta. Gadis itu kecewa dan menolak untuk menikah dengan pujaan hatinya yang buta. Sang kekasihnya dengan air mata yang mengalir, hatinya bagai tertusuk sembilu kemudian meninggalkan pesan disecarik kertas. 'Kekasihku, tolong jaga baik-baik mataku!'

    Cerita diatas mengingatkan kita bahwa semakin dalam cinta kita pada seseorang maka semakin perih luka dihati namun luka itu juga mengajarkan tentang ketulusan dan pengorbanan demi kebahagiaan orang yang kita cintai, karena cinta yang hakiki bukan dilewati dengan pujian, cinta yang hakiki justru diuji dengan berbagai peristiwa yang menyakitkan yang membuat hati kita terluka. Allah Subhanahu Wa Ta'ala membentuk dan melatih kita melalui luka itu, bukan pada seberapa besar luka itu tetapi seberapa besar cinta yang kita miliki untuk menjalani luka itu. Kalau cintanya kecil, luka kecilpun menjadi beban yang berat. Namun kalo kita memiliki cinta yang besar, luka sebesar apapun maka kita lebih kuat menanggung luka dan derita yang kita alami, maka jadikan cinta kita semakin kuat melewati berbagai ujian dan cobaan yang memang harus kita lalui untuk meraih keridhaan Allah.

Takkala sepi lagi..

di dalam sepi itu
kedengaran degupan jantung sendiri
terus-terusan aku merenung diri
mengapa aku sepi begini
cuba menghibur hati sendiri
mengenang segala memori indah
yang pastikan menjadi sejarah

sepi ader kala indah
andai tiada berteman duka
sepi dalam keriuhan
terasa diri sangat terasing
ader kala hilang dalam keramaian

sepi yang bersulamkan duka
menambah parah hati yang luka
walau sudah tiada darah
sakitnya masih tak mahu sembuh
kemana harus ku bawa hati
semakin pedih apabila sepi

sepi masih terus bertandang
mengunjung hati yang sayu pilu
puas ku tahan airmata
tetap juga ia gugur......






TAKKALA SEPI 3

didalam sepi itu...aku terkenangkan teman-teman..
.pohonku pada kalian 
janganlah pergi menhindar.dariku.....aku tahu  ...
adakalanya sikapku menekan dan mendera  perasaan kalian..
.maafkan aku atas keterlanjuran..
.sudilah kalian temani aku sehingga ke penghujung jalan..
.. aku tahu aku sahabat yang tak seperti kalian harapkan..
.sering bertindak diluar jangkaan..
..jutaan maaf aku pohonkan atas sikapku yang mementingkan perasaan..
.aku hanya manusia biasa adakala melakukan kesilapan...
.salahku lakukan menguriskan perasaan kalian teman-teman
...sekali lagi maaf ku pohonkan........
ia lahir dari hati dan jiwa yang amat mendalam...



















TAKKALA SEPI 2

di dalam sepi itu
terasa pilu dan sayu
kian mencengkam hatiku
tiada teman untuk bicara
melepas segala rasa
hanya kertas dan pena
tempat aku melakar kata
menjadi teman yang tak bernyawa.......






TAKKALA SEPI....

di dalam sepi itu
aku kembali merenung diri
siapa aku yg sebenarnya
mengapa aku jadi begini
masih menghitung hari
bila aku akan gembira
seperti aku...
aku yang dulu
adakah sinar untukku lagi??????



SEDETIK CUMA

WAKTU DINIHARI MALAM YANG SUNYI
WAKTU KANAK-KANAK KEHILANGAN IBU..
AKU MERATAP BERBAGAI BUNYI..
MERINDUKAN ENTAH SIAPAKAH ...
YANG BERNYALA DI KALBU.







.

HATI YANG WALANG

Malam semalam cengkerik sibuk bersahut-sahutan
Terjaga dari mimpiku pergi mundar- mandir di bawah rembulan..
Ke depan ku pandang terdapat gunung-ganang
menghalang jalan kepulangan...
Ku cuba mencurahkan isi hati ini..
dengan tali kecapi yang baru kupetikkan..
namun....
tiada orang yang mahu dengar
sungguhpun tali kecapi telah sudah kuputuskan...








HATI YANG WALANG

lorong ini sunyi dan sepi
cuma aku yang sendirian melaluinya
ada langir resah yang merentas tangkai hati
akan kemanakah semua teman teman
yang biasanya berada di selikuh itu?
yang dapat menyembuhkan luka
dengan sedikit canda mesra?
aku ingin berlari dengan pantas
bergumul dengan ilalang yang riang di tepi angin
sayangnya kaki ku kebas dan cuma mampu menyeret lemah

apa yang sebenarnya ada dalam hati kita disaat2 kita akan kehilangan atau merasa kehilangan ? atau kita sendiri yang menghilangkan perasaan itu? atau perasaan itu akan hilang dengan sendirinya. Merah itu cinta....merah itu rindu.... hemm apakah tidak ada warna lain yang boleh menjadi cinta.....seperti warna hitam.. warna hijau..warna putih? barangkali kerana merah itu seperti darah..... dan cinta itu akan sentiasa berdarah? atau warna yang terang dan menceriakan...juga melambangkan kesukaran.....ah!! saat2 ini aku tidak lagi membebenakan fikiran ku dengan perkara2 yang boleh melemahkan rasaku... dada ? hemm biarlah sakit ngiulu dan pilu..Kadang aku terasa rindu untuk berjalan melihat suasana yang lain....memandu untuk jangka masa yang lama....untuk membiaskan hati yang walang..


KE MANA HARUS KU BAWA HATIKU YANG WALANG....

Teman bawalah aku setitik kasihmu... sebelum ajal menjemputku...

  pada siapakah harus aku lontarkan segala rasa yang terpendam ini? Hati aku .menangis lagi dan luka yang terpendam semakin mendalam..




.

PABILA AWAN MENUTUPI BULAN....?

...........Di dalam diri ini.. tersimpan duri-duri.. luka yang kau tinggalkan.. tak terpadam..

.kadang-kadang hati merintih derita...jiwa menangis sedih...akal mengeluh letih...namun hakikat hidup xkan berubah...yg  perlu di ubah adalah diri menghadapinya...hati memilih jalan...akal memulakan iman...
.. bagaimana.. apabila awan menutupi awan?????



TERIMALAH AKU WALAU SEZARAH ADANYA...

KEPADA SAHABAT2 YANG SENTIASA MENGIKUTI PERKEMBANGAN WALL SAYA YANG USANG INI..
DAN BERTUBI -TUBI MENGAJUKAN SOALAN SOALAN YANG BISA TAK TERJAWAB.. MOHON KALIAN MENGIKUTI SETIAP PERJALANAN WALL USANG INI.. SEKIRANYA INGIN MEMAHAMI DAN MENGENALIKU ...FAHAMI SETIAP GENAP INCI DAN RUANG BICARA.. DALAM KEADAAN BAGAIMANA IA.. BERCAMPUR- BAUR.....KE.. MANA MULA DAN TITIK HUJUNGNYA..

..FAHAMILAH IA.. BAIK AMBIL PEDOMAN.. BURUK JADIKAN SEMPADAN.. BERULANGKALI SAYA JELASKAN MOHON SOKONGAN KALIAN..
KENALILAH DAKU MELALUI SETIAP LANGKAH RUANG BICARAKU.. FAHAMILAH SETIAP YANG TERSURAT DAN TERSIRAT.. FAHAMI SETIAP INCI RUANG..GENAP DAN WAKTU...

DI RUANGAN INI JUGA AKU INGIN KATAKAN.. KEPADA PEMINAT FANATIKKU.. JANGAN TERLALU TAKSUB MENCINTAI AKU... AKU CUMA MANUSIA YANG TAK PUNYA APA2.. BERIKAN AKU MASA DAN RUANG WAKTU UTK AKU SENDIRI MENGENALI DIRIKU DENGAN LEBIH MENDALAM...
JIKA CORETAN AKU BISA MEMANAH CINTA DIHATIMU.. MAAFKAN AKU.. AKU TAKKKAN TERLEPAS DARI BERBUAT DOSA.. MAAFKAN AKU KERANA MNERBITKAN BAIT-BAIT CINTA DAN RINDU KAMU PADAKU...AKU INSAN LEMAH.. JANGAN KAMU SALAH TAFSIRKAN IA... CUMA SATU YANG AKU PINTA.. TERIMALAH AKU BIARPUN HANYA SEZARAH ADANYA...



                                

BAWALAH AKU JAUH DARI KEGELISAHAN INI.....

...

Walaupun sentiasa mendahului sahabat-sahabatku. Namun kolam hatiku kian keruh. Beban tambah berat, diriku kian penat. Urusan kian payah. Jiwa semakin gundah. Justeru, mudah-mudahan aku dilahirkan semula sebelum aku mati. Lahir sebagai insan yang sentiasa mengingati-Mu. Yang mampu hidup antara kekangan takut dan lingkungan harap. Takut, kalau2 dimurkai, minta-minta diampuni.

Ya Allah, dihari ini, kupohon, ku pinta dileraikan kusut fikirku. Mohon dijinakkan nafsu liarku ini Ya Allah. Tenangkanlah gelojak hati ini. Wahai Yang Maha Adil, kutiplah aku untuk menumpang sekalipun di pinggiran Rahmat-Mu. Walau sering aku lupa, tapi aku sentiasa mendamba


   

Monday, June 27, 2011

AKU HANYA...

Aku hanya seorang wanita yang berimajinasi tinggi yang selalu bermimpi agar selalu diingat di mata dan di hati semua orang Aku ingin mengubah dunia dengan caraku yang membuat bangga semua orang yang mengenalku maupun tidak Aku mau semuanya kumiliki namun tak smua dapat di gapai...Tapi, apa dayaku? Cobaan datang, datang, datang…. Semangat dan terus berimajinasi yang selalu membantuku Aku harus menjadi diri sendiri Menjadi salah satu pribadi yang menarik dimata semua orang dan selalu menjadi kegembiraan di hati semua orang Aku raih dunia di dengan caraku Walupun banyak yang menentang dan tidak menyukai Aku harus teruskan perjuanganku Perjuanganku untuk insan sepertiku... dan cita-citaku Sebelum sampai ke tujuanku...
 tuhan 

makbulkan impianku.. aku ingin kembali kepangkuan MU




...aku..

aku seorang kembara sendirian dijalan berduri tanpa seorangpun yang berani berada disampingku kerana seorang aku tidak butuhkan sesiapa dalam sakit dan senangku yang ku bawa adalah cinta ku yang terlara dan tertinggal dalam kota kasih yang masih lagi menjadi tugu dalam hatiku.. engkau melintasi benua hati dan aku lambaikan tangan kakuku dengan mendoakan kebahgiaanmu untuk selamanya biarpun aku tahu dihatimu masih tertinggal cinta untuk aku...





PIKIRANKU..

tatkala mentari siang sedang terpancar
satu alunan gembira...
bertukar menjadi lembaran duka
seorang ayah, seorang ibu, dan seorang abang
melemparkan amarah jauh ke lubuk hati

aku memikirkan....
apakan bisa anak mu
mengelus beban mu ayah
apakah anak mu jua
bisa menemani senyum mu ibu
apakah adik
bisa melemaskan risau abang
apakah aku akan kembali
terpesona dalam gurauan keluarga

sejuk perut ibu mengandungkan aku
darah ibu yang pernah tumpah
ketika bertarung nyawa melahirkan aku
titik peluh ayah membesarkan aku
kasih sayang abang terhadap adik
wajarkah aku ketepikan
tewas ku jua oleh perasaan
air mata merembes hebat

Temannnn nan satu pemujuk damai
ku alih kasih pencetus yakin
ku alih sayang pemantap semangat
bercambah cinta di dalam diam
lenyap celaru mengintailah rindu
bergemalah seruling idaman kalbu
seruling senja pemujuk bicara..



PADA SIAPA???

Semakin tinggi aku merenung ke awan, adakalanya aku tersenyum sendirian. Tapi untuk apa senyuman itu andai didalamnya tetap terpendam penderitaan yang memilukan? Aku dengan lakonan aku yang kononnya sedang berbahagia tanpa sebarang masalah. Sedangkan dalaman aku berperang dengan perasaan yang sedih dan terkilan. Jadi  pada siapakah harus aku lontarkan segala rasa yang terpendam ini? Hati aku mmenangis lagi dan luka yang terpendam semakin mendalam.





AKU SEORANG PENGEMBARA...

aku seorang kembara sendirian dijalan berduri tanpa seorangpun yang berani berada disampingku kerana seorang aku tidak butuhkan sesiapa dalam sakit dan senangku yang ku bawa adalah cinta ku yang terlara dan tertinggal dalam kota kasih yang masih lagi menjadi tugu dalam hatiku.. engkau melintasi benua hati dan aku lambaikan tangan kakuku dengan mendoakan kebahgiaanmu untuk selamanya biarpun aku tahu dihatimu masih tertinggal cinta untuk aku...




                                

SEGELAS SUSU SETULUS BUDI

Seorang pengembara sedang menikmati pemandangan indah di sepanjang perjalanannya. Sudah beberapa jam si pengembara berjalan kaki memerhatikan pemandangan indah di kawasan perkampungan itu. Bunga-bungaan sedang mekar, unggas dan serangga yang berterbangan ke sana dan serata halaman rumah yang cantik dihiasi kuntuman bunga amat menarik perhatian pengembara muda itu.

Tetapi perjalanan yang jauh dan matahari yang semakin terik menyebabkan pemuda yang cintakan keindahan alam itu mula berasa letih. Tekaknya kering, sedangkan pengembaraannya masih panjang lagi.
Dalam keletihan itu, dia ternampak rumah kecil di sebuah ladang di tepi jalan yang dia susuri iutu. Dia lantas memutuskan untuk singgah sebentar di situ. Setelah mengetuk pintu beberapa kali, pintu akhirnya dibuka oleh seorang budak perempuan yang sungguh comel.

Pemuda itu menceritakan yang dia sedang mengembara, perjalanannya masih jauh dan dia merasa terlalu dahaga dek panas terik sepanjang perjalanan. Dia amat berharap budak perempuan itu dapat memberikannya segelas air. Budak perempuan itu meminta diri dan bergegas ke dapur. Dia kembali semula mendapatkan pemuda tersebut bersama segelas susu. Dia bukan sekadar membawa air tetapi segelas susu!
Dia merasakan pemuda tersebut bukan sekadar dahaga tetapi juga memerlukan tenaga untuk meneruskan pengembaraannya.
“Berapa harga susu ini?” tanya pemuda itu selepas menghabiskan susu tersebut.
Jawab budak perempuan itu, “Oh, percuma! Tak perlu bayar. Emak dan ayah telah mengajar saya supaya jangan meminta sebarang balasan terhadap apa juga kebaikan yang kita lakukan”tutur anak comel itu teratur dan penuh sopan.
Pengembara muda itu tersentuh hati dengan jawapan tersebut. “Kalau begitu, saya hanya dapat mengucapkan terima kasih sahaja,”kata pemuda tersebut, disambut oleh budak perempuan itu dengan senyuman dan anggukan.

Sifat mulia budak perempuan itu memberikan kesan yang mendalam kepada pemuda yang berkenaan. Kejujuran budak itu dan keengganannya menerima sebarang bayaran, walaupun dirinya sendiri miskin, sering saja bermain dalam fikiran pemuda tersebut.

Tahun berganti, budak perempuan itu yang kini berusia 20-an, diserang penyakit kronik. Dia dihantar ke sebuah hospital terkenal di tengah kota untuk diperiksa oleh doktor pakar dan seterusnya menjalani pembedahan. Seorang doktor dipanggil.

Sejurus melihat wajah gadis itu dan alamat tempat tinggalnya, doktor itu segera terkenang saat dia meneguk segelas susu suatu ketika dahulu. Tidak lain tidak bukan, inilah budak perempuan yang pernah memberinya segelas susu dan kemudiannya berkata,” Emak dan ayah telah mengajar saya supaya jangan meminta sebarang balasan terhadap apa juga kebaikan yang kita lakukan,”
Kini masanya untuk membalas jasa. Doktor itu melakukan segala yang terdaya untuk menyelamatkan gadis tersebut. Si gadis ditempatkan di wad untuk beberapa lama. Pembedahan dilakukan dan penyakit gadis berkenaan berjaya diubati.
Kini bayaran perlu dikenakan kepadanya. Bil rawatan ditunjukkan kepada doktor itu untuk pengesahan. Doktor tersebut menyelaknya sehelai demi sehelai. Dia memerhatikan setiap angka yang tercatat pada bil tersebut, kemudian menulis sesuatu di bucu helaian terakhirnya. Setelah itu dia menurunkan tandatangannya. Bil itu dihantar ke alamat yang tertera, iaitu sebuah rumah kecil di pinggir ladang.
Gadis tersebut menggeletar sebaik menerima bil tersebut. Helaian demi helaian dibeleknya, ternyata jumlahnya terlalu besar. Dia tidak mampu membayarnya. Walau si gadis bekerja sepanjang hayat sekalipun, belum tentu dia dapat membayar bil yang dikenakan itu.
Jumlah-jumlah yang menakutkan terus terpapar, hinggalah ke helaian terakhir apabila si gadis membaca satu catatan ringkas di bucunya. Tulisan itu berbunyi…
“Sudah DiBayar Dengan SeGelas Susu.” -

(Untuk seseorang kekasih,yang ku tak tau entah siapa ? )

Pernah kulihat selintas kau hadir berlalu diantara perih.Bergeming entah apa kau bicarakan pada malam.Sesekali ku coba mencuri dengar tapi aku tak paham.Sebab suaramu terlalu pelan dan bahasa mu terlalu asing.Tak sanggup aku mengartikannya.
Jika saja aku mampu menguasai berbagai macam bahasa,,Pasti aku akan bertanya pada angin malam sekalipun ia selalu membuatku tiada.Sebab padanya kau selalu berbagi cerita,aku juga ingin turut mendengarnya.






AKU PERANTAU MENCARI JALAN PULANG?

Ku belajar erti kesepian, kini baru aku merasa peritnya berjauhan….

Teman-teman ku rindukan, kegembiraan ku tinggalkan, kebahagian ku korbankan, dan kecintaan ku dambakan…

Yang bersikap sinis, menegur memberi nasihat, namun diri sendiri ini masih berkarat….

Kononnya akulah yang berserban berketayap, di depan bagaikan malaikat, namun di belakang , tiada siapa yang tahu…

Kerana itulah aku keseorangan, menyepi untuk ketenangan…

Merindukan kenangan-kenangan silam, beginilah waktu ditelan zaman….

Menjadi perantau yang kesepian.. apakah aku akan terus kesepian???

AKU? DARI SITU... AKU AKUI DAN AKU MULA FAHAMI...NAMUN TERLEWATKAH

Sesuatu yang aku tinggalkan didaerah ini pastinya suatu yang sangat berharga yang tidak akan mungkin terlupakan.... yang telah mengajar aku erti segala galanya.... membuatkan aku ingin menjadi manusia yang begitu2 saja...tidak seperti dahulu.. semua orang berikan kepadaku.... keinginan ku adalah keinginan yang degil sehingga melara melatakan hati orang.... orang2 yang sangat menyayangi dan menyintai aku....dan aku?

TERIMALAH AKU WALAU SEZARAH ADANYA...

KEPADA SAHABAT2 YANG SENTIASA MENGIKUTI PERKEMBANGAN WALL SAYA YANG USANG INI..
DAN BERTUBI -TUBI MENGAJUKAN SOALAN SOALAN YANG BISA TAK TERJAWAB.. MOHON KALIAN MENGIKUTI SETIAP PERJALANAN WALL USANG INI.. SEKIRANYA INGIN MEMAHAMI DAN MENGENALIKU ...FAHAMI SETIAP GENAP INCI DAN RUANG BICARA.. DALAM KEADAAN BAGAIMANA IA.. BERCAMPUR- BAUR.....KE.. MANA MULA DAN TITIK HUJUNGNYA..

..FAHAMILAH IA.. BAIK AMBIL PEDOMAN.. BURUK JADIKAN SEMPADAN.. BERULANGKALI SAYA JELASKAN MOHON SOKONGAN KALIAN..
KENALILAH DAKU MELALUI SETIAP LANGKAH RUANG BICARAKU.. FAHAMILAH SETIAP YANG TERSURAT DAN TERSIRAT.. FAHAMI SETIAP INCI RUANG..GENAP DAN WAKTU...

DI RUANGAN INI JUGA AKU INGIN KATAKAN.. KEPADA PEMINAT FANATIKKU.. JANGAN TERLALU TAKSUB MENCINTAI AKU... AKU CUMA MANUSIA YANG TAK PUNYA APA2.. BERIKAN AKU MASA DAN RUANG WAKTU UTK AKU SENDIRI MENGENALI DIRIKU DENGAN LEBIH MENDALAM...
JIKA CORETAN AKU BISA MEMANAH CINTA DIHATIKU.. MAAFKAN AKU.. AKU TAKKKAN TERLEPAS DARI BERBUAT DOSA.. MAAFKAN AKU KERANA MNERBITKAN BAIT-BAIT CINTA DAN RINDU KAMU PADAKU...AKU INSAN LEMAH.. JANGAN KAMU SALAH TAFSIRKAN IA... CUMA SATU YANG AKU PINTA.. TERIMALAH AKU BIARPUN HANYA SEZARAH ADANYA...
.
Coretan yang saya sering tuliskan ini adalah coretan yang lahir dari hati yang tulus suci tanpa rasa benci atau iri hati pada sesiapa pun... bukan mudah untuk saya melahirkan rasa hati ini... mungkin dengan cara ini yang hanya dapat menenangkan jiwa dan hati saya yang sering dibelenggu kekeliruan... saya berharap dengan coretan ini tiada sesiapa yang tersinggung di hati...