Tuesday, June 28, 2011

HATI YANG WALANG

lorong ini sunyi dan sepi
cuma aku yang sendirian melaluinya
ada langir resah yang merentas tangkai hati
akan kemanakah semua teman teman
yang biasanya berada di selikuh itu?
yang dapat menyembuhkan luka
dengan sedikit canda mesra?
aku ingin berlari dengan pantas
bergumul dengan ilalang yang riang di tepi angin
sayangnya kaki ku kebas dan cuma mampu menyeret lemah

apa yang sebenarnya ada dalam hati kita disaat2 kita akan kehilangan atau merasa kehilangan ? atau kita sendiri yang menghilangkan perasaan itu? atau perasaan itu akan hilang dengan sendirinya. Merah itu cinta....merah itu rindu.... hemm apakah tidak ada warna lain yang boleh menjadi cinta.....seperti warna hitam.. warna hijau..warna putih? barangkali kerana merah itu seperti darah..... dan cinta itu akan sentiasa berdarah? atau warna yang terang dan menceriakan...juga melambangkan kesukaran.....ah!! saat2 ini aku tidak lagi membebenakan fikiran ku dengan perkara2 yang boleh melemahkan rasaku... dada ? hemm biarlah sakit ngiulu dan pilu..Kadang aku terasa rindu untuk berjalan melihat suasana yang lain....memandu untuk jangka masa yang lama....untuk membiaskan hati yang walang..


No comments:

Post a Comment