Sunday, July 31, 2011

Proses dalam menghadapi perubahan hidup...


Tidak ada perkara yang paling menarik dalam hidup kita untuk diraikan melainkan subjek kedukaan. Kegembiraan apabila mencecah klimaks maka penyudahnya adalah dukacita. Dukacita adalah cerita hampa yang melekat kesan dari rasa ketidakpercayaan dalam perjalanan. Kemuncak kegembiraan adalah kebencian yang perlahan-lahan akan kita lepaskan kerana akal kita suka memang suka menghukum rasa maka jadilah ianya cerita suka mahupun duka
Maka apabila manusia itu dilanda kekecewaan, raikanlah kerana ianya umpama ibadah yang dinanti-nantikan sekian lama.
Bukan mudah untuk mendapatkan makna sebuah nilai kehidupan dan kepercayaan. Apabila nilai itu sudah tidak ada lagi, lepaskanlah seperti angin lalu.
Kita melalui musim demi musim. Hari ini kita ketawa, esok kita menangis, lusa kita berjalan dan tulat kita berlari. Inilah lumrah kehidupan. Menafikan bermakna kita menafikan takdirnya. Mengeluh itu perlu kerana itu fitrah atas rasa kecewa, cuma kita wajib kembalikan segala semua cerita ini ke induknya.
aku hanyalah pengembara yang tidak tahu apa akan jadi esok hari. aku hanya pejalan yang kadang-kadang selesa dan kadang-kadang resah diperjalanan. Proses mengenal bukanlah memakan masa sehari dua. Ianya proses yang tidak berkesudahan.
Mengecewa dan dikecewa adalah cerita biasa kita dalam hidup ini. Hari ini kita di sini, esok kita di situ. Walau dalam pedih, jika itulah prosesnya, apa daya kita untuk menghalangnya?
Jawapan akan sentiasa ada jika kita menerimanya sebagai takdir. Inilah kehidupan.

No comments:

Post a Comment